Panduan membina Rumusan SPM.
Contoh Rumusan
Soalan 1 : Rumusan
[ 30 markah ]
Baca petikan di bawah dengan teliti dan
kemudian buat satu rumusan tentang peranan pusat sumber sekolah dan sebab-sebab pusat sumber sekolah kurang
dikunjungi. Panjang
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Sejak dahulu lagi sesebuah sekolah
dianggap tidak lengkap jika tidak mempunyai satu perpustakaan. Perpustakaan itu
pula dianggap sebagai gedung ilmu dan sumber pengetahuan. Hal
ini bermakna, kalau sebelum ini perpustakaan merupakan pusat pengumpulan bahan
bercetak dan bilik alat merupakan tempat pengumpulan bahan-bahan alat pandang
dengar, sekarang kedua-dua tempat ini diintegrasikan untuk menjadi pusat sumber
sekolah.
Pusat sumber sekolah berfungsi sebagai
pusat untuk menyediakan, menyimpan, mengedarkan, dan memberi perkhidmatan
koleksi bahan. Sama ada bersaiz sekadar sebuah bilik darjah ataupun berdiri
megah berbentuk bangunan sendiri, pusat sumber sekolah berpotensi besar dalam
meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dan tahap intelektual warga sekolah, khususnya
murid. Usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu yang menjadi satu
daripada fokus tahunan pusat sumber sekolah. Pusat sumber sekolah dapat
mengadakan kolaborasi dengan Panitia Bahasa Melayu dalam program peningkatan
akademik.
Pusat sumber sekolah juga merupakan
tempat berlakunya segala kegiatan yang bertujuan untuk meningkatkan pencapaian
dalam proses pengajaran dan pemelajaran. Konsep pusat sumber sekolah ini adalah
berkaitan dengan konsep pendidikan moden, iaitu untuk mewujudkan keadaan
belajar secara kendiri. Dengan yang demikian, setiap individu boleh menentukan
kehendak pelajarnya dan merancang sesuatu bagi memupuk keperluan dan kehendak
yang tersendiri. Pusat sumber sekolah sememangnya dapat membantu dan membaiki
kualiti pendidikan negara agar dapat memberikan asas yang kukuh bagi membentuk
masyarakat berpengetahuan. Oleh itu, golongan pendidik sentiasa diingatkan
supaya menghasilkan pengajaran yang berkesan.
Pada masa yang sama, pusat sumber
sekolah perlu dilengkapi dengan alat bahan, dan kemudahan. Pusat sumber yang
lengkap dan menepati kehendak pelanggannya membolehkan proses capaian maklumat
dilaksanakan dengan berkesan. Antaranya termasuk penyediaan keratan akhbar dan
koleksi rencana daripada majalah. Selain itu, pusat sumber sekolah mampu
menghasilkan bahan-bahan yang mudah dan murah, tetapi berkesan kepada
pelanggannya. Jadi, pusat sumber sekolah disediakan bertujuan untuk memajukan
sumber pelbagai media bagi kegunaan guru dan pelajar.
Tegasnya, dapatlah dikatakan bahawa
peranan pusat sumber sekolah sangat luas. Di samping memupuk minat gemar
membaca dan membuat penyelidikan, diharapkan apabila pelajar dapat memanfaatkan
pusat sumber sekolah, mereka akan dapat menjadi pelajar yang berdedikasi,
berfikiran matang, berdisiplin, dan dapat mengembangkan bakat, serta kebolehan
mereka berdasarkan minat dan kecenderungan masing-masing.
(Dipetik dan diubah suai daripada
‘Pusat Sumber Meningkatkan Penguasaan Bahasa Melayu’ oleh Zuridah Hanim Md.
Akhir, Pelita Bahasa, April 2011)
Soalan 2 : Pemahaman
Soalan 2 (a) – Petikan
Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata gedung ilmu. [2 markah]
(ii)
Nyatakan kelebihan-kelebihan sekiranya seseorang pelajar itu gemar membaca dan membuat penyelidikan di pusat sumber
sekolah? [3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk meningkatkan
minat pelajar menggunakan pusat sumber sekolah? [4 markah]
Skema Rumusan dan Soalan 2a
Sila klik di sini
Skema Rumusan dan Soalan 2a
Sila klik di sini
No comments:
Post a Comment